"Ya Allah, ya Tuhan kami, terimalah solat, amal dan kerendahan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Aku bertaubat kepada-Mu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
"Ya Allah, sesungguhnya kami banyak menganiayai diri kami sendiri iaitu melakukan banyak dosa dan tiadalah siapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa itu melainkan Engkau, maka mohonlah Engkau ampuni kami dari sisi-Mu dan berilah rahmat kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
"Ya Allah, kami memohon ketetapan rahmat-Mu dan keampunan-Mu yang berkekalan dan kami mohon supaya terselamat dari dosa-dosa dan kami mohon supaya sentiasa melakukan kebaikkan dan kami mohon kemenangan dengan ditempatkan di syurga dan terlepas dari neraka."
"Ya Allah, Tuhan yang boleh memalingkan hati sekalian, mohonlah Engkau palingkan hati kami supaya tetap mentaati-Mu, wahai Tuhan yang Maha Penyayang."
Monday, November 23, 2009
Wednesday, November 18, 2009
Umur enam tahun dan Bang Teh!
Lama aku tidak menulis di blog ini, bukannya apa, idea banyak cuma semangat kurang. Berziarah ke blog rakan-rakan maya pun kurang sekali. Namun semalam ketika sibuk membuat kerja-kerja pejabat aku tersengih sendiri depan monitor komputer. Kerjayaku memerlukan aku meneliti banyak program tv, terutamanya animasi.
Salah satu program yang sedang aku semak dan buat penilaian semalam ialah kartun animasi orang biru ataupun lebih dikenali sebagai "Smurf". Bagi anak muda yang membesar sekitar hujung 80an dan awal 90an pasti tahu mengenai kartun ini. Terus teringat akan Bang Teh, kekandaku yang nakal.
Perbezaan umur sekitar 7 tahun menjadikan aku mangsa buli Bang Teh. Suatu hari " adik, dah berhenti main tu, mari masuk, kartun Smurf nak mula ni" laung Bang Teh dari ruang tamu rumah. Aku yang sedang leka bermain dengan anak jiran sebelah berlari masuk. Meninggalkan kawan-kawan yang leka bermain basikal.
Namun apa yang dapat aku saksikan ialah 'rolling credit' kartun Smurf ini. Aku menangis sungguh-sungguh sambil tangan kecil menumbuk, cubit Bang Teh. Geram sungguhlah dipermainkan Bang Teh. Bukan sekali dua Bang Teh buat begini. Oh, mentang-mentanglah Bang Teh sudah darjah enam, pandai membaca surat kabar dan melihat waktu.
Bang Teh ketawa besar sambil mengelak-ngelak.
Hal kenakalan Bang Teh menjadikan aku tekat untuk belajar membaca secepat mungkin. Dengan bantuan Kak Lang yang sudah bersekolah menengah akhirnya semasa berumur 7 tahun aku mahir membaca.
Hidup semasa itu di pedalaman, anak Felda memang jarang dapat membaca secepat anak-anak zaman kini. Kadang-kadang hingga darjah empat masih ada yang belum dapat membaca. Anak buahku yang tinggal di Kuala Lumpur umur 3-4 tahun sudah cekap membaca buku-buku cerita kanak-kanak prasekolah.
Beginilah hidup, terkadang kenangan perit semasa kecil manis akhirnya bila dewasa. Bang Teh sudah beranak tiga orang. Aku masih seorang.

Labels:
Aliff dan dunianya
Thursday, October 15, 2009
Busuk Pun Wangi Dan Disukai Ramai
Hal ini bermula sejak awal Ramadan. Busuknya cukup meloyakan tekak. Bagi yang terbiasa dengan aroma lavender memang akan sakit kepala bila tercium aromanya. Namun, bagi sesetengah orang busuk pun wangi sebab nilai yang dimilikinya amat mahal. Berbaloi-baloi macam kata orang zaman sekarang. Malah amat disukai ramai, berebut-rebut orang cuba mendapatkannya. Berapa banyak tempat telah aku pergi dan perhatikan, memang laku betul. Lambat sedikit, pasti berputih mata.
Eh, apa bendanya busuk tapi wangi dan disukai ramai ini? Kambing panggang!! Ha, kalian mesti teringatkan kelazatan menguyah daging beraroma ini. Dicampur pula dengan kuah cicah beraroma pudina. Mengecurkan air liurkan?. Hari ini aku pergi majlis sambutan hari raya di Wisma Radio. Ramai sungguh yang menunggu dengan meneguk air liur di gerai kambing panggang. Depan mata, dua ekor kambing habis sekelip mata. Minggu sebelum ini di rumah terbuka Datuk Yusuf Haslam sempatlah aku merasa sehiris dua kambing panggang.
Bila difikirkan, mengapa bulan ramadan dan syawal sahaja orang berebut-rebutkan hidangan kambing panggang? Seronok makan beramai-ramai meratah daging kambing ataupun puas hati dapat menjamu rakan-rakan? Mengapa bukan lembu panggang, bukan rusa mahupun burung unta panggang. Ha!ha! Aku bergurau sahaja bahagian burung unta panggang itu! :)
Hujung minggu lepas seorang pembekal kambing menyatakan padaku, harga seekor kambing hidup ialah RM18.00 x KGnya dan upah sembelih RM50.00. Maknanya jika kambing seberat 35kg harga yang perlu dibayar ialah RM680. Lumayan bagi penjual. Hidangan mewah bagi yang menikmatinya.
P/S: Teringat akan Dr.Roslin dan Dr. Mazlan, ini dua insan yang cukup suka panggang kambing!

Catitan Syawal
Tuesday, October 06, 2009
Sengih
Farah Nur tanya padaku. "Mengapa lama dah tak update blog?". Aku sengih. Oh, rupanya Farah Nur baca blog aku. Segannya.
Hari ini aku semak entri di Fusariumsolani ini. Ya, bulan September paling sedikit entriku. Bukan tidak mahu menaip, cuma khuatir aku menaipkan pojok yang bertaraf sampah! Membazirkan masa orang yang membaca blogku. Bukannya tidak ada peristiwa yang menarik berlaku dalam hidupku, malah banyak sekali. Namun aku rasakan terlalu peribadi dan tidak sesuai untuk tatapan umum.
Penulis harus bertanggungjawab atas apa yang diluahkan. Aku mengerti hal ini kerana pendidikan universiti yang aku terima adalah dalam bidang komunikasi. Sekolah hidup pula lebihlah mahal kerana tarbiyah dari Allah SWT. Blog ini saksi jatuh bangun jiwa ragaku. Blog ini saksi di Padang Mahsyar kelak. Maka entri- entri biasa tidak memberikan saham yang baik.
Cuma beberapa makluman untuk yang mengenaliku:-
1.Mak dan ayah akan ke Mekah pada 20hb September ini untuk mengerjakan fardhu haji. Doakan keselamatan mereka.
2. Aku bakal cukup 3 tahun pengalaman bekerja pada April 2010. Jadi aku mahu sambung belajar. Ada cadangan? Bidangku ialah Komunikasi.
3.Aku kini sah menghidap/terkena penyakit keturunan lelah (minor). Aku sudah tahu kini kenapa aku cepat penat, hidap selsema tidak habis-habis.
4. Aku sudah tahu sedikit sebanyak selok belok bandar Shah Alam. (Ini memang lawak, teruk betul aku ini).
3.Aku masih belum habis membaca pelbagai jenis buku yang diborong pada bulan lepas dan awal bulan ini. Jadi jangan ajak aku ke kedai buku lagi ha!ha!

Friday, September 18, 2009
Salam Akhir Ramadan dan Syawal 1430 H.
Salam akhir ramadan dan syawal 1430 H rakan-rakan blog semua. Harapanku kalian selamat dalam perjalanan pulang ke kampung bagi yang memandu jauh. Bagi yang kekal berhari raya di bandar, budaya ziarah menziarahi hidupkanlah jua.
Aku mohon ampun maaf atas segala coretan yang mengundang rasa tidak senang kalian. Mana-mana yang pernah bersua muka, insyallah kita bertemu lagi dilain waktu. Hari ini hari terakhir bekerja sebelum bercuti panjang. Mungkin blogku ini pun turut bercuti kerana aku akan berada di Kelantan sepanjang minggu perayaan. Tanah Serendah Sekebun Bunga tempat asal keturunanku sudah lebih sedekad tidak diziarahi!
Hidupkan amalan ramadan ini dalam bulan-bulan yang akan datang, mudah-mudahan sampai bertemu kembali ramadan tahun hadapan.

Hidup Sebagai Muslim
Monday, September 14, 2009
Bertemu Abang Pat dan ahli Olai Tannon
Sabtu lepas, aku ke Puri Pujangga di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk majlis berbuka puasa.Semuanya bermula dengan ajakan kekandaku Putri Elaira dilaman FB beberapa hari yang lepas. Harga buffetnya murah dan makanannya sedap. Kemudahan surau juga amat dekat dengan tempat makan. Tidak terlalu sesak dan tenang sahaja suasananya.
Ini kumpulan peminat novel tulisan Ahmad Patria Abdullah atau mesra dipanggil Abang Pat. Beliau telah menghasilkan 7 novel sains fiksyen (semacam Harry Potter, punyai saganya) yang diaspirasikan daripada novel-novel Tolkien dan lain-lain pengarang Barat. Novel pertamanya dihasilkan ketika beliau berumur 17 tahun pada 1987 kalau tidak silap pendengaranku semasa berbual dengan Abang Pat malam itu.
Meriah malam itu dengan sapaan mesra, berkenalan dengan kelompok pembaca-pembaca buku yang tegar.Ada anggota Olai Tannon (nama kumpulan peminat) yang aku kenal, ada juga baru memulakan persahabatan. Alhamdulillah, kiranya keputusan untuk mengekor kekanda Putri Elaira menemukan aku dengan genius-genius muda yang memandang jauh ke hadapan.
Dalam hidup ini, kita mesti berani. Itu kesimpulan yang aku dapat dari aktiviti ini, berani untuk meninggalkan rasa rendah diri yang melampau kepada rasa hormat diri. (Aku belajar dari Abang Pat, supaya berani meluahkan pendapat secara berhadapan). :D

Friday, August 28, 2009
Jiwamu dan jiwaku....siapa yang lebih beruntung?
Teman, Allah SWT telah berfirman dalam Surah As -Syams ayat 7 hingga 10 yang terjemahannya saya sertakan dibawah ini:-
Nafsu manusia asasnya ada 3 iaitu:-
Diantara ciri-ciri nafsu ammarah ialah:-
Sifat utamanya ialah apabila tuannya melakukan dosa terutamanya dosa-dosa besar, nafsu ini mengkritik dirinya di atas kelakuan yang dimurkai Allah itu dan sambil mengkritik itu mendorong tuannya bertaubat serta menjauhi perbuatan maksiat tersebut. Namun diwaktu lain, apabila dipengaruhi syaitan nafsu ini akan mendorong tuannya melakukan kemaksiatan pula. Walau begitu, nafsu ini tidaklah patuh dan tunduk sepenuhnya akan arahan dan hasutan syaitan.
Nafsu Lawwamah ini boleh ditingkatkan kepada nafsu mutmainnah dengan beberapa kaedah. Salah satunya ialah dengan berguru kepada guru yang mursyid. Diantara sifat-sifat guru mursyid ialah(ibaratnya seperti sebuah perjalanan yang jauh):-
Selain itu dengan menghindari bergaul dengan orang yang bernafsu ammarah dan mendekatkan diri kepada alim ulama, orang-orang yang bernafsu mutmainnah ataupun orang yang 'arif billah juga merupakan salah satu cara untuk menyucikannya.
Sifat murah hati juga merupakan satu cara untuk menyucikan nafsu lawwamah. Pernah dengar ungkapan "sedekah itu (memudahkan)menyembuhkan penyakit'?.
Tepuk dada tanya iman!
( ini nota agama untuk diri sendiri, mana yang kalian rasa baik, gunakanlah).
- "Demi jiwa (nafsu) serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa (nafsu) itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa (nafsu) itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya".
Nafsu manusia asasnya ada 3 iaitu:-
- Nafsu Ammarah
- Nafsu Lawawamah
- Nafsu Mutmainnah
- "Dan daku tidaklah dapat membersihkan (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang"
Diantara ciri-ciri nafsu ammarah ialah:-
- Lalai dan lupa kepada Allah
- Bakhil dan kedekut
- Niat jahat
- Hasad dengki
- Cintakan dunia
- Sombong
- Panjang angan-angan
- Marah dan dendam kesumat
Sifat utamanya ialah apabila tuannya melakukan dosa terutamanya dosa-dosa besar, nafsu ini mengkritik dirinya di atas kelakuan yang dimurkai Allah itu dan sambil mengkritik itu mendorong tuannya bertaubat serta menjauhi perbuatan maksiat tersebut. Namun diwaktu lain, apabila dipengaruhi syaitan nafsu ini akan mendorong tuannya melakukan kemaksiatan pula. Walau begitu, nafsu ini tidaklah patuh dan tunduk sepenuhnya akan arahan dan hasutan syaitan.
Nafsu Lawwamah ini boleh ditingkatkan kepada nafsu mutmainnah dengan beberapa kaedah. Salah satunya ialah dengan berguru kepada guru yang mursyid. Diantara sifat-sifat guru mursyid ialah(ibaratnya seperti sebuah perjalanan yang jauh):-
- Mempunyai pengalaman yang luas jalan yang akan dilalui
- Pernah melalui jalan tersebutpergi dan pulang dengan selamat
- Berupaya menjelaskan dengan baik akan jalan bakal yang dilalui
- Dapat mengenal pasti di mana kawasan selamat dan bahaya
- Mengetahui dimanakah berlakunya tanah runtuh dan rumput hijau
- Mengetahui dimanakah sungai, punca air dan padang pasir kontang
- Mengetahui halangan dan cara untuk melepasinya
Selain itu dengan menghindari bergaul dengan orang yang bernafsu ammarah dan mendekatkan diri kepada alim ulama, orang-orang yang bernafsu mutmainnah ataupun orang yang 'arif billah juga merupakan salah satu cara untuk menyucikannya.
Sifat murah hati juga merupakan satu cara untuk menyucikan nafsu lawwamah. Pernah dengar ungkapan "sedekah itu (memudahkan)menyembuhkan penyakit'?.
Tepuk dada tanya iman!
( ini nota agama untuk diri sendiri, mana yang kalian rasa baik, gunakanlah).
Labels:
Hidup Sebagai Muslim
Subscribe to:
Posts (Atom)